Sunday, 13 November 2011

Love for the day

Here is love story,about whether love need a reason or not !

Dalam satu kisah percintaan yang menarik,sepasang suami isteri berjalan di tepi tasik yang indah.
Kemudia mereka pun berhenti di sebuah bangku,lalu si isteri bertanya kepada suami :

ISTERI: mengapa abg menyukai saya? mengapa abg mencintai saya?
SUAMI: abg tak boleh menerangkannya,namun begitu abg memang menyayangi dan mencintai sayang!
ISTERI: jika abg tak boleh terangkan sebabnya,bagaimana abg boleh katakan sayang dan cintakan saya?
SUAMI: betul ! abg tak tahu sebabnya tetapi abg boleh buktikan bahawa abg memang cintakan sayang!
ISTERI: saya hendak abg terangkan juga sebabnya!

si suami tarik nafas panjang dan berkata "baikalah abg mencintai sayang sebab sayang cantik,ada suara yang merdu,penyayang dan mengingati abg selalu.Abg juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah,di situlah cinta Abg bersama Syg! "

si isteri tersenyum dan berpuas hati.Namun selang beberapa hari isterinya kemalangan dan koma dihospital.

si suami amat bersedih lalu menulis sepucuk surat untuk isterinya dan diletakkan diatas meja sebelah isterinya.
surat tersebut berbunyi : 

"sayang jika disebabkan suara aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau bersuara?Tidak! oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?Tidak! oleh itu,aku tidak boleh mencintaimu.Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau tersenyum kepadaku?Tidak! oleh itu,aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak!
oleh itu,aku tidak boleh mencintaimu.Jika cinta mmerlukan sebabnya seperti sekarang,aku tidak punyai sebab untuk mencintaimu lagi,Adakah cinta memerlukan sebab?Tidak! aku masih mencintaimu lagi seperti dulu,kini, selamanya dan cinta tak perlukan sebab.Kadang kala perkara tercantik didunia dan terbaik didunia tidak boleh dilihat ataupun dipegang.....namun begitu ia boleh dirasa dari dalam hati "

No comments:

Post a Comment